Refleksi tentang Makropelajaran Kajian Tempatan Tahun 5

Tajuk : 3.Mengenal Negara kita 3.1. Lokasi Malaysia Di Dunia
Hasil Pembelajaran :
Aras 1
1.      Menamakan benua-benua yang terdapat di dunia dalam 10 minit dengan betul.
2.      Melabelkan lokasi Malaysia di peta benua Asia dengan tepat.

Set Induksi : 
1.Guru mengeluarkan glob serta menanya soalan.
2.Murid memberi pendapatnya bahawa bahagian biru pada glob mewakili lautan, bahagian hijau pada glob mewakili daratan .

Langkah :     
1. Guru memperkenalkan benua-benua di dunia dengan menggunakan peta dunia.
2. Murid melabelkan kedudukan Malaysia.
3. Murid menamakan benua-benua yang terdapat di peta dunia dalam kumpulan.

Penutup:
1. Guru mengemukakan kuiz untuk menaksir kefahaman murid.

Kekuatan
Guru  menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk menarik minat, membantu murid memahami ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan serta menjalankan pembelajaran. Guru telah memaparkan peta dunia dan menggunakan warna yang berlainan untuk membezakan benua-benua di dunia. Jadi, murid dapat mengenalpasti benua-benua berdasarkan warna.




Aktiviti “puzzle” telah membolehkan murid menumpukan perhatian untuk menyiapkan dan menjayakan tugasan ini. Mereka berasa seronok semasa menjalankan aktiviti ini.

Kelemahan
Saya mendapati set induksi yang dirancang tidak dapat mencungkil idea murid dengan berkesan. Murid-murid telah tertarik akan glob yang ditunjukkan dan dapat mengenalpasti lautan dan daratan. Tetapi mereka tidak dapat menyatakan bahawa daratan boleh dibahagikan kepada 7 benua. Walaupun murid- murid pernah mendengar dan mengetahui beberapa nama benua tetapi mereka tidak boleh mengaitkan hubungan nama-nama benua dengan daratan.

Langkah Mengatasi
Saya mencadangkan melalui gambar binatang seperti beruang salji ,kanggaru dan singa serta soalan yang ditanyakan, pengetahuan sedia ada murid dapat dicungkil, murid-murid dapat menjana idea dan lebih berminat untuk menjalankan pembelajaran.
Beruang Salji
Singa


Kanggaru

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan