Refleksi tentang Makropelajaran Kajian Tempatan Tahun 4

Tajuk : 1.2 Perihal rumah c.Jenis Rumah
Hasil Pembelajaran :
Aras 1
1.Menamakan 5 jenis rumah yang terdapat di Malaysia.
2.Mengelaskan jenis rumah tradisional dan jenis rumah moden.

Set Induksi
1.Guru mengeluarkan papan,daun nipah ,pasir dan bata serta menanya soalan.
2.Murid memberi pendapatnya bahawa bahan tersebut merupakan bahan binaan rumah.

Langkah :     
1.Guru menunjukkan jenis-jenis rumah di Malaysia melalui slaid power point.
2.Guru mengedar kertas warna kepada setiap murid untuk melukis rumah kegemarannya.

Penutup:
1.Murid menggunakan gambar pisahan dalam sampul surat .
2.Murid melekatkan semula gambar rumah dan menamakan rumah tersebut dalam kumpulan.

Kekuatan
Saya telah menyediakan bahan sebenar iaitu papan,daun nipah , pasir dan bata.Bahan-bahan yang ditunjukkan merupakan bahan binaan asas bagi rumah-rumah yang didapati di Malaysia.Selepas saya tunjukkan bahan-bahan tersebut ,saya telah menanya soalan untuk mencungkil pengetahuan sedia ada serta menghubungkaitkan jawapan murid dengan pengajaran saya hari ini dan murid-murid berjaya membezakan bahan binaan yang diperlukan sama ada untuk jenis rumah moden atau jenis rumah tradisional.
Daun Nipah,Pasir,Bata dan Kayu


Saya menggunakan perisian powerpoint membantu saya dalam penerangan untuk menarik perhatian murid-murid.Proses pembelajaran murid-murid telah melibatkan deria pendengaran dan deria penglihatan.Murid-muird tertarik dengan gambar jenis rumah yang ditayangkan oleh guru.Murid-murid berminat dengan jenis rumah yang mereka tidak pernah jumpa pada persekitarannya.

Kelemahan
Saya tidak mementingkan pengurusan dan penggunaan papan hitam dengan betul. Saya terlupa untuk menggunakan papan hitam untuk mencatat isi pelajaran hari ini. Hal ini mungkin saya terlalu tergantung dengan perisian powerpoint dalam pengajaran saya.

Langkah Mengatasi
Saya akan mempelajari kaedah penggunaan papan tulis yang betul dan bersistematik daripada guru yang berpengalaman .Saya akan memastikan isi pelajaran ditulis terlebih dahulu sebelum sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Selain itu,saya juga akan mementingkan penggunaan papan hitam misalnya memaparkan kad arahan atau sampel lukisan jenis rumah di Malaysia dan juga mencatatkan pendapat murid-murid pada papan hitam.     
Hasil Lukisan Rumah Kegemaran Murid




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan