Refleksi tentang Makropelajaran Kajian Tempatan Tahun 4

Tajuk : 1.3 Jenis rumah b. Rumah di negara lain
Hasil Pembelajaran :
Aras 1
1.Menerangkan 4 jenis rumah di 4 zon iklim dunia..
2..Membanding dan .membezakan rumah di zon sejuk dan zon panas berdasarkan reka bentuknya.

Set Induksi :
1.Guru menyuruh murid menyatakan jenis rumah di Malaysia.

Langkah :
1.Guru menunjukkan isi-isi 4 zon iklim dunia dan gambar melalui slaid power point.
2.Murid-murid dikehendaki mengelaskan cirri-ciri reka bentuk rumah mengikut zon iklim yang diberi dalam kumpulan dan tulis pada kertas sebak.
3.Murid-murid mengisi jadual banding beza antara rumah di zon sejuk dan zon panas.

Penutup:
1. Guru mengadakan aktiviti kuiz untuk murid.

Kekuatan
Guru memberi arahan yang jelas, aktiviti kumpulan dijalankan dengan lancarMurid-murid sangat aktif melibatkan diri dalam aktiviti,mereka bekerjasama untuk mengelaskan reka bentuk rumah.

Kelemahan
Semasa sesi penerangan melalui powerpoint ,murid hanya memerhati penerangan dan kurang respon kepada guru semasa guru menanya soalan,interaksi dua hala tidak berkesan.

Langkah Mengatasi
Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk mengutarakan pandangan tentang reka bentuk rumah.Guru boleh meminta murid berfikir tentang sebab-sebab pembinaan rumah tersebut dan mencatatkan komen murid-murid pada papan hitam.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan