Refleksi tentang Makropelajaran Kajian Tempatan Tahun 6

Tajuk : 11.Pembinaan bangsa dan negara
11.1. Perlembagaan Negara ~ a.Sistem Kerajaan Persekutuan
~Badan Perundangan Parlimen
Hasil Pembelajaran :
Aras 1
1.Menyatakan badan-badan yang membentuk sistem struktur pentadbiran negara.
2.Menerangkan keanggotaan Dewan Negara dan Dewan Negeri .

Set Induksi
1.Guru menunjukkan carta organisasi pentadbiran sekolah kami serta menanya soalan.
2.Guru mengaitkan pendapat murid dengan sistem kerajaan persekutuan negara kita.

Langkah :     
1.Guru memperkenalkan sistem kerajaan persekutuan negara kita dengan menggunakan power point.
2. Murid membina carta organisasi kerajaan Malaysia.
3. Murid-murid membuat simulasi proses pilihanraya.

Penutup:
1.Guru membantu murid membuat rumusan tentang isi pelajaran hari ini.

Kekuatan
Guru menggunakan carta organisasi sekolah untuk mengaitkan struktur kerajaan persekutuan negara kita adalah berjaya mengaitkan isi pelajaran hari ini.Pengetahuan sedia ada murid dapat dicungkil ,murid-murid dapat memberi pendapatnya kerana mereka pernah mendengar perkataan “Yang di-Pertuan Aguang”, “Perdana Menteri”melalui media massa.
   
Kelemahan
Aktiviti yang dirancang untuk hari ini telah mengambil masa yang agak panjang iaitu murid-murid dikehendaki menyusun carta organisasi kerajaan persekutuan negara dan membuat simulasi proses pilihanraya.Jadi,bahagian penutup terpaksa ditamatkan tanpa merumuskan isi pelajaran hari ini.

Langkah Mengatasi
Untuk menangani masalah ini,saya perlu mementingkan pengurusan masa serta menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.Selain itu,terlalu banyak aktiviti untuk dijalankan oleh murid-murid akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan