Refleksi tentang Makropelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4


Tema : 4 Kenali Budaya Malaysia
Tajuk : a.Kenali dan apresiasi adab sosial warisan budaya Malaysia ~Adab Makan
Hasil Pembelajaran :
1.Menghuraikan adab makan pelbagai warisan Malaysia dan kepentingannya..
2.Menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain.

Set Induksi :
1.      Guru menunjukkan gambar dan menanya murid
Soalan :Adakah budak yang mengambil makanan itu mempunyai adab makan yang baik?
2.      Murid-murid memberi pendapatnya.
3.      Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran hari ini..

Langkah :

1.Guru memaparkan adab makan masyarakat Malaysia kepada murid-murid .
Adab Makan (Kaum Cina)


Adab Makan (Kaum India)


Adab Makan (Kaum Melayu)

2.Murid-murid dikehendaki mendemonstrasikan adab makan masyarakat Malaysia dalam kumpulan.
3.Guru menyerapkan nilai murni menerima dan menghormati amalan budaya kaum lain semasa pengajaran 
   dan pembelajaran dijalankan.
Penutup:
1.Murid menyatakan kepentingan mengamalkan adab makan yang baik .

Kekuatan
Murid-murid sangat suka aktiviti lakonan.Mereka telah membawa alat untuk makan seperti mangkuk,sudu,penyepit dan garpu.Sebelum aktiviti p&p dijalankan ,saya telah memberitahu kepada murid-murid bahawa nanti kami akan mengadakan lakonan .Jadi,semasa penerangan oleh guru murid telah menumpu perhatian kerana takut melakukan kesalahan semasa lakonan.

Kelemahan
Semasa menunjukkan gambar kepada saya menunjukkan gambar kepada murid-murid hanya berpusat kepada murid di hadapan sahaja.Walaupun gambar yang saya sediakan adalah bersaiz A4 tetapi masih ada murid-murid yang duduk ditepi tidak boleh melihat gambar dengan jelas.

Langkah Mengatasi
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi menunjukkan gambar kepada setiap murid ketika p&p dijalankan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid juga akan berlaku jika guru dapat menitikberatkan perkara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan