Refleksi tentang Makropelajaran Pendidikan Kajian Tempatan Tahun 5


Tema : 4 Sejarah Negara Kita
Tajuk : 4.1.Kesultanan Melayu Melaka ~Pengasasan Melayu Melaka
Topik : ii.Pentetan peristiwa pembukaan Melaka
Hasil Pembelajaran :
1.Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka.
2.Menjelaskan sebab yang mendorong Parameswara mengasas Melaka.

Set Induksi :
1.      Guru menunjukkan gambar bendera dan jata negeri Melaka .
2.      Guru menanya murid
Bolehkah anda namakan bendera negeri ini?
Apakah tumbuhan dan haiwan yang terdapat pada jata Negeri Melaka?


Langkah :
1.      Guru menunjukkan gambar yang menggambarkan cerita pembukaan Melaka.
2.      Murid-murid diminta menceritakan peristiwa melalui gambar bersiri.

3.      Guru menceritakan peristiwa pembukaan Melaka (Pelanduk menendang anjing) dengan betul.
4.      Murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan untuk lakonan peristiwa pelanduk menendang anjing berpandukan alatan yang diedarkan oleh guru.

Penutup:
1.      Guru membantu murid membuat rumusan tentang isi pelajaran.

Kekuatan
1.      Murid dapat menyatakan nama haiwan (kancil)dan tumbuhan (pokok Melaka) yang terdapat pada jata negeri Melaka.
2.      Penyediaan alatan lakonan yang sesuai dan memberi peluang kepada murid melakukan lakonan.Murid-murid berasa seronok dan meminta melakon peristiwa tersebut satu kali lagi.Melalui aktiviti lakonan ,interaksi murid dapat berlaku dan mereka akan lebih ingat asal usul negeri Melaka.

Kelemahan
Semasa meminta murid membentuk kumpulan ,murid menggerakkan meja dan kerusi telah mengeluarkan bunyi yang bising.

Langkah Mengatasi
Guru harus member arahan yang tegas iaitu memesan murid menggerakkan kerusi dan meja dengan tanpa bunyi yang bising kerana bunyi yang bising akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan