Refleksi tentang Makropelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4

Tema : 5 Malaysia Negaraku
Tajuk : a.Kenali Malaysia ~Negeri-negeri yang membentuk Malaysia
Hasil Pembelajaran :
1.Menunjukkan perasaan bangga dan taat setia kepada negara.
2.Menhargai dan bersyukur hidup dalam negara yang aman dan makmur.

Set Induksi :
1.      Guru menanya murid
l  Bilakah semua murid dan guru dikehendaki berdiri tegak semasa perhimpunan mingguan dijalankan?
l  Semasa “Lagu Negaraku”dinyanyikan.
2.      Murid-murid menyanyikan “Lagu Negaraku”dengan penuh semangat dan berdiri tegak.



Langkah :
1.Guru memaparkan bendera dan jata negeri-negeri di Malaysia melalui slaid power point.
2.Murid-murid dikehendaki mewarnakan bendera-bendera negeri yang diedarkan oleh guru.
3.Murid-murid membentangkan hasil lukisan mereka dan menyatakan keisitimewaan lokasi atau tanda mercu yang terdapat di negeri tersebut..

Penutup:
1.Guru memaparkan lirik “Lagu Negeri Johor” dan murid-murid menyanyikan.








Kekuatan
Guru menggunakan komputer untuk memaparkan bendera negeri dan jata setiap negeri.Murid-murid dapat mengenalpastikan makna warna yang dalam bendera negeri dengan jelas serta mengetahui lambang-lambang yang ada pada bendera negeri seperti pokok pinang (Negeri Pulau Pinang) dan Gunung Kinabalu (Sabah).

Kelemahan
Semasa sesi penerangan melalui powerpoint , masalah teknikal termuncul.Jadi,murid-murid terpaksa menghadap ke depan untuk menonton persembahan power point secara kumpulan melalui screen komputer.

Langkah Mengatasi
Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ,guru harus memeriksa setiap alatan atau bahan khasnya memastikan komputer dalam keadaan berfungsi.Guru harus menyediakannya lebih awal tanpa membanzirkan masa murid untuk menunggu.Semasa waktu menunggu kumpulan lain,masalah disiplin akan terwujud di kalangan murid .Maka pengurusan kelas adalah kurang memuaskan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan