Refleksi tentang Makropelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4

Tema : 4 Kenali Budaya Malaysia
Tajuk : a.Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya~Pakaian
Hasil Pembelajaran :
1.Menjelaskan kepelbagaian warisan budaya Malaysia.
2.Mengapresiasi warisan budaya sendiri.

Set Induksi :
1.Guru memakai baju tradisional dan menanya murid
l  Bolehkah anda sebutkan nama pakaian yang cikgu pakai hari ini?
v  Baju kurung.
l  Baju kurung berasal daripada kaum apa?
v  Kaum Melayu.
2.Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran hari ini.

Langkah :
1.Guru memaparkan pakaian pelbagai warisan budaya melalui slaid power point.
2.Murid-murid dikehendaki mereka “pakaian nasional ”yang menggabungkan ciri-ciri pakaian pelbagai budaya Malaysia.
3.Murid-murid membentangkan hasil lukisan mereka dan menyatakan keistimewaan  “pakaian nasional” .

Penutup:
1.Murid menyatakan cara mewarisi pakaian tradisional ini .

Kekuatan
Set Induksi yang dijalankan berjaya menarik perhatian murid-murid serta merangsang minda murid untuk berfikir akan pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia.Selain itu,guru telah menyampaikan matlumat yang positif kepada murid iaitu menghormati pakaian kaum lain dan menggalakkan murid-murid memakai pakaian tradisonal kaum lain seperti sempena hari perayaan Deepavali ,kami memakai Sari untuk menghadiri majlis.

Kelemahan
Semasa sesi melukis “Pakaian Nasional” secara individu oleh murid.Terdapat banyak murid tidak dapat mengaplikasikan unsur budaya kaum lain ke dalam seni reka mereka.Jadi,guru dikehendaki memberi bimbingan atau idea kepda murid-murid.

Langkah Mengatasi
Sebelum menjalankan aktiviti ini,guru dikehendaki menunjukkan contoh “Pakaian Nasional”kepada murid.Di samping itu,guru hendak menerangkan keistimewaan baju tradisional yang ada pada setiap kaum.Ini akan memberi asas konsep kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti ini.Bagi murid yang kurang idea,merekalah yang boleh mencontohi hasil guru serta mengubahsuainya menjadi rekaannya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan