Refleksi tentang Makropelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4

Tema : 4 Kenali Budaya Malaysia
Tajuk : a.Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya~Makanan
Hasil Pembelajaran :
1.Mengapresiasi warisan budaya sendiri.
2.Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia.

Set Induksi :
1.Guru menutup mata murid dengan kain hitam dan menyuruh murid mencuba makanan yang disediakan oleh guru.
2.Murid merasa makanan dan menyebut nama makanan tersebut.
3.Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran hari ini..

Langkah :
1.Guru memaparkan makanan pelbagai warisan budaya melalui slaid power point.
2.Murid-murid dikehendaki berkongsi resepi makanan tradisional pelbagai kaum yang telah disediakan dengan murid lain.
3.Murid-murid menyebutkan jenis makanan kegemarannya (dari kaum lain) serta menyatakan keistimewaan makanan kegemaran tersebut.

Penutup:
1.Murid-murid menyatakan cara mewarisi makanan tradisional Malaysia.

Kekuatan
Set Induksi yang dijalankan berjaya menarik perhatian murid-murid .Naluri ingin tahu murid-murid sangat tebal jadi mereka berasa seronok untuk merasa dan meneka Jenis makanan yang disediakan oleh guru.Murid-murid sangat aktif dalam bahagian ini dan meminta guru buat satu kali lagi.

Kelemahan
Pada bahagian mengumpul maklumat (resepi makanan tradisional) adalah kurang memuaskan.Ini disebabkan oleh resepi yang dikumpul oleh murid banyak terdiri daripada resepi makanan kaum Cina.Resepi kaum Melayu dan India adalah terhad.

Langkah Mengatasi
Sebelum menjalankan aktiviti ini,guru dikehendaki membuat penyedilikan dahulu.Guru boleh memberitahu laman web yang ada matlumat tersebut kepada murid-murid supaya mereka boleh mendapati resepi yang diingini .Maka,aktiviti p&p boleh dijalankan dengan lancar dan memanfaatkan murid-murid.  


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Catat Ulasan